Rabu, 09 Maret 2011

41 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takut akan Allah SWT dan orang yang takut akan Allah SWT maka akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya maka akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

7. Dari Aisyah ra, "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak- anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama dia taat kepada suaminya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah ra berkata, "Aku bertanya
kepada Rasulullah SAW, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab baginda, "Suaminya."
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana
saja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah
SWT memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10000
tahun).

15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan-Nya.

17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya pada
saat melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan dari susunya diberi satu
kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur
dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah SWT memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan
ikhlas untuk membela agama-Nya.

20. Seorang wanita solehah adalah lebih
baik daripada 70 orang wali.

21. Seorang wanita yang jahat adalah
lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang
jahat.

22. 2 rakaat shalat dari wanita yang
hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat shalat wanita yang tidak hamil.

23. Wanita yang memberi minum susu
(susu ASI) kepada anaknya maka akan
dapat satu pahala dari pada tiap-tiap
titik susu yang diberikannya.

24. Wanita yang melayani dengan baik
suami yang pulang ke rumah dalam
keadaan letih maka akan mendapat pahala
jihad.

25. Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang maka akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.

26. Wanita yang mendorong suaminya
keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumah tangganya
akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua
70000 malaikat dan bidadari. Dan wanita
itu akan dimandikan di dalam syurga,
dan menunggu suaminya dengan menunggang
kuda yang dibuat dari yakut.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari karena menjaga anak yang
sakit maka akan diampunkan oleh Allah
seluruh dosanya. Dan bila dia menghibur
hati anaknya, Allah akan memberi 12
tahun pahala ibadah.

28. Wanita yang memerah susu binatang
dengan "bismillah" maka akan didoakan
oleh binatang itu dengan doa
keberkahan.

29. Wanita yang menguli tepung gandum
dengan "bismillah" maka Allah akan
berkahkan rezekinya.

30. Wanita yang menyapu lantai dengan
berdzikir maka akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.

31. Wanita yang hamil akan dapat pahala
berpuasa pada siang hari.

32. Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadah pada malam hari.

33. Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun shalat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya maka
Allah mengaruniakan satu pahala haji.

34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40
hari selepas bersalin, maka dia akan
dianggap sebagai mati syahid.

35. Jika wanita melayani suami tanpa
khianat maka akan mendapat pahala 12
tahun shalat.

36. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup waktunya (2½ thn), maka malaikat-
malaikat dilangit akan khabarkan berita
bahwa syurga wajib baginya.

37. Jika wanita memberi susu (susu ASI)
kepada anaknya yang menangis, maka
Allah akan memberi pahala satu tahun
shalat dan puasa.

38. Jika wanita memijit suami tanpa
disuruh maka akan mendapat pahala 7
tola emas dan jika wanita memijit suami
bila disuruh maka akan mendapat pahala
7 tola perak.

39. Wanita yang meninggal dunia dengan
keridhaan suaminya maka akan memasuki
syurga.

40. Jika suami mengajarkan isterinya
satu masalah ibadah, maka akan mendapat
pahala 80 tahun ibadah.

41. Semua orang akan dipanggil untuk
melihat wajah Allah di akhirat. Tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita
yang menutupi auratnya, yaitu memakai
jilbab di dunia ini dengan istiqamah.

0 komentar:

Posting Komentar